Catatan

Get out from your comfort zone!

  Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my readers. Yeay! Blog ni dah dapat approval from Google Adsense! Aku saja cuba mohon (for several times) dan akhirnya, dia approve. Tapi tak adalah aku nak jadi blogger yang berjaya. Aku stick to my passion, nak menulis untuk aku dan untuk orang nak membaca penulisan aku yang entah apa-apa. Blogger lain buat blog tentang resepi masakan, lifestyle, fashion, gossip. Aku pulak just tulis apa yang aku nak tulis, siapa je nak baca. Dan seperti yang aku katakan, zaman sekarang jarang dah orang jadi blogger. Orang selalu jadi Youtubers, TikToker (betul ke eh?) dan lain-lain. Aku pulak balik ke zaman batu, menulis di blog.  Oleh yang demikian, aku tak berharap sangat blog ini bakal menjadi sumber pendapatan sampingan aku, tetapi kalau ada, Alhamdulillah, rezeki aku. Okay, tutup kisah announcement aku tentang Adsense. Back to the topic, get out from your comfort zone! Ceh, tajuk nak omputih, tapi menulis dalam bahasa melayu. Suka hati aku l...

Kerjaya: Salahkah kita memilih?

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Muncul lagi aku kali ini, ingin menulis tentang pandangan aku yang tak seberapa. Memandangkan PKPB dikuatkuasa semula di kawasan Selangor, aku terpaksa 'berkurung' di rumah. Jika tidak, sudah pasti waktu seperti sekarang ini, aku sudah berada di dalam bas menuju ke kampung halaman. Sudahlah, lupakan sahaja. Hadap sahajalah dinding bilik di rumah sewa selama dua hari berturut. Nasib orang bujang. Kalau ada suami, bolehlah hadap muka suami tetapi apakan daya, kewujudan jodoh masih lagi menjadi tanda tanya. Oh, sebelum penulisan aku kali ini melencong, lebih baik aku fokus semula terhadap tujuan utama aku mengarang. Salahkah kita memilih kerjaya? Aku tahu, isu ini sangat sensasi. Disebabkan dia sensasilah, aku ingin meluahkan pendapat dan pandangan aku. Sebelum hujah-hujahku dicurahkan bagai air hujan yang turun dari langit, lebih baik aku bercerita tentang punca aku terfikir untuk menulis tentang topik ini. Perkara ini bermula semasa aku sed...

Young and Dumb

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Sementara aku menunggu train, idea untuk menulis datang secara tiba-tiba.  Tahun ni, umur aku sudah pun jejak 27 tahun. Bagi mereka yang masih berumur belasan mahupun 20-an akan beranggapan umur ini sudah pun dikategorikan sebagai TUA. Tetapi bagi mereka yang berumur 30-an dan ke atas, umur 27 ni tiada apa. Masih muda. Selagi belum mencecah umur mereka kini.  Sudah masuk bulan 9 pada tahun 2020. Hanya berbaki 1/4 tahun sebelum bermulanya tahun baru. Berlalu pantas rasanya tahun ini berlalu. Ditambah pula dengan masa PKP yang seakan membekukan masa kita. Lagi 3 bulan, umur aku bakal meningkat lagi, menginjak pula ke 28 tahun.  Jujur aku katakan, apabila berada di umur 25-30 tahun, terlalu banyak perkara yang menjadi dilema. Rakan-rakan aku yg sebaya dengan aku sering menceritakan tentang dilema mereka, kisah mereka. Jika yang masih bujang, dilemanya tentang jodoh. Jika yang masih menganggur, dilemanya tentang kerjaya. Jika sudah...

Psikologi dan Kaunseling itu sama, betul ke?

Assalamualaikum. Sebelum mengulas mengenai topik pada hari ini, saya terlebih dahulu ingin meminta maaf kerana jarang menulis di blog ini. Kalau dahulu, semangat untuk menulis perkongsian di sini itu sangatlah tinggi tetapi apinya semakin lama semakin terpadam dek kerana kesibukan aktiviti harian saya yang tak berkesudahan. Akan tetapi, api itu dinyalakan semula dengan komen-komen daripada pembaca yang ingin bertanya lebih lanjut mengenai bidang psikologi ini. Dan topik pada hari ini adalah untuk menjawab pertanyaan daripada komen di post sebelum ini. Beliau bertanyakan kepada saya, apakah perbezaan psikologi dan kaunseling. Psikologi dan kaunseling, sama atau tidak? Saya rasa, orang diluar bidang ini pasti mempunyai keraguan yang sama. Apa bezanya? Macam sama saja. Tetapi kalau sama kenapa ada dua nama yang berbeza? Jadi, ia tak sama lah? Kalau tak sama, apa bezanya? Saya yakin jika anda taip di 'Google Search' - perbezaan psikologi dan kaunseling, pasti banyak pautan yang men...

Gagal dapat UPU: adakah bermakna gagal dalam hidup?

Assalamualaikum semuanya! baru-baru ni, pelajar lepasan SPM baru mendapat keputusan UPU, sama ada mereka mendapat tawaran untuk sambung belajar ataupun tidak. Dalam situasi pandemik yang melanda seluruh dunia ini, waktu kemasukan ke IPT ditangguhkan daripada waktu yang sepatutnya. Tak mengapalah, saya tak nak kupas isu ini kerana bukan kepakaran saya. Tahniah kepada yang mendapat tawaran untuk sambung belajar. Teruskan usaha anda. SPM cemerlang bukannya pengkahiran, ia baru permulaan, jadi kekal fokus dan capailah cita-cita anda. Kepada yang tidak berjaya, tahniah juga. Anda telah melalui salah satu peperiksaan paling sukar dalam hidup. Ucapkan tahniah pada diri anda, hargai usaha yang telah anda taburkan. Tidak mendapat tawaran ke IPT bukanlah bermakna anda tak dapat sambung belajar selamanya, masih ada jalan dan cara untuk anda dapatkan tempat di IPT. Jumpa dengan kaunselor sekolah anda. Minta mereka untuk beritahu bagaimana caranya untuk dapatkan tempat di IPT. Permohonan rayuan, mo...

A story that makes you wonder - new blog!

Assalamualaikum semua! Post kali ini bukanlah tentang sambung belajar, psikologi mahupun tips, atau apa-apalah. Post kali ni adalah untuk introduce my new blog. nak delete blog ni ke? eh, tak lah. jangan risau, tak delete, masih ada, masih on kalau ada isu nak ditulis, cuma blog baru ni khas untuk koleksi penulisan/ karya aku. sejak dari zaman sekolah, hobi aku adalah menulis. kalau perlu jawab soalan karangan untuk bahasa melayu mahupun bahasa iggeris, aku akan pilih untuk menulis karangan berbentuk cerita. aku tak suka tulis karangan berdasarkan fakta, bagi aku, ia membataskan imaginasi aku. karangan berbentuk fakta perlu tepat, satu isi, satu huraian, tiga contoh. begitulah formatnya. bosan bukan? fakta pula perlu tepat, dan yang paling membosankan, setiap isu/topik karangan mempunyai skema jawapan tertentu, bermakna setiap karangan sudah ditentukan jawapannya. berbeza dengan karangan berbentuk fakta, karangan berbentuk cerita adalah lebih kreatif dan bebas. hanya dengan satu ...

Jalan yang dituju - Adakah jurusan psikologi mudah dilalui?

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk menulis kembali.. Ini pun curi masa tidur untuk menulis entry baru.. Lama sudah tidak menulis apa-apa.. Tak sangka sibuk memanjang.. Okaylah, sekian mukadimah, kita masuk perenggan lain.. Result SPM baru keluar kan?? kan?? So, mesti ramai yang masih dalam dilema untuk isi upu.. Bukan lepasan SPM je yang dalam dilema, yang lepasan STPM, Matrik, Diploma, Asasi, eh, semualah tengah dilema sebab nak isi upu ni.. Masa akak nak isi dulu, akak tak ingat akak dilema ke tidak.. hahaha.. main isi je rasanya tapi perkara yang diambil kira masa isi upu dulu hanyalah 'aku taknak sambung bidang sains'.. jadinya, senanglah sikit nak isi.. dulu cita-cita nak jadi akauntan, tu yang sambung matrik perakaunan.. tapi sebenarnya bukan nak jadi akauntan sangat, sambung akaun sebab handal subjek tu masa sekolah dulu.. memang skor habis lah kalau subjek akaun tu.. kalau subjek sains, skor tu skor la, tapi kena extra effort sikit un...