A story that makes you wonder - new blog!

Assalamualaikum semua!

Post kali ini bukanlah tentang sambung belajar, psikologi mahupun tips, atau apa-apalah. Post kali ni adalah untuk introduce my new blog. nak delete blog ni ke? eh, tak lah. jangan risau, tak delete, masih ada, masih on kalau ada isu nak ditulis, cuma blog baru ni khas untuk koleksi penulisan/ karya aku.

sejak dari zaman sekolah, hobi aku adalah menulis. kalau perlu jawab soalan karangan untuk bahasa melayu mahupun bahasa iggeris, aku akan pilih untuk menulis karangan berbentuk cerita. aku tak suka tulis karangan berdasarkan fakta, bagi aku, ia membataskan imaginasi aku. karangan berbentuk fakta perlu tepat, satu isi, satu huraian, tiga contoh. begitulah formatnya. bosan bukan? fakta pula perlu tepat, dan yang paling membosankan, setiap isu/topik karangan mempunyai skema jawapan tertentu, bermakna setiap karangan sudah ditentukan jawapannya.

berbeza dengan karangan berbentuk fakta, karangan berbentuk cerita adalah lebih kreatif dan bebas. hanya dengan satu ayat yang sama, semua orang boleh menulis cerita yang berbeza. jalan cerita pula, tiada yang betul, tiada yang salah, terpulang pada kreativiti dan imaginasi penulis. sukar untuk menemui isi cerita yang sama meskipun ayat pertama/penghujung yang diberikan adalah sama. genre bagi setiap cerita pun berbeza, sedih, kerainan, cinta, kasih sayang, seram, lucu dan bermacam-macam lagi. setiap cerita bukan sahaja menghiburkan hati pembaca, malah hati penulis itu sendiri.

aku bukanlah seorang yang kreatif, pemikiran aku juga sempit, hanya tertumpu kepada aku dan orang di sekeliling aku.  tetapi, aku punya banyak persoalan dalam hidup. salah satunya, bagaimana setiap lagu boleh punya melodi yang berbeza. aku bukan orang yang mahir tentang muzik, tapi aku salah seorang penggemar muzik. aku suka mendengar lagu, dan setiap kali aku menengar lagu yang berbeza, aku sangat mengagumi mereka yang menggubah dan mencipta lagu. tetapi kini, setelah aku membuat perbandingan, sama sahaja antara pemuzik dan penulis, kedua-duanya mampu menghasilkan beberapa karya yang berbeza. tidak terhad kepada pemuzik dan penulis, peniaga, chef, content creator, guru, pelakon, dan lain-lain lagi. setiap insan mampu membuat perkara yang berbeza. persoalanku kini membawaku semula kepada pencipta kita, manusia. hebatnya Allah, mampu menjadikan semua ini.

baiklah, panjang rasanya bebelan aku kali ni. macam jauh tersasar dari tujuan asal. begitulah aku aku menulis, sukar untuk berhenti. jadi, post kali ini adalah bertujuan untuk  memperkenalkan blog terbaru yang mengandungi cerpen-cerpen hasil penulisan aku. tak hebat, tak gempak, tapi aku harapkan cerita aku dapat membuka mata pembaca untuk melihat satu kisah daripada satu sisi yang lain.

https://adiedylathestoryteller.blogspot.com/

sekian...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Psikologi di UKM. Belajar apa ye?

Dilema jurusan Psikologi.

Awak student Psikologi? Please don't read my mind! - updated