Young and Dumb
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sementara aku menunggu train, idea untuk menulis datang secara tiba-tiba.
Tahun ni, umur aku sudah pun jejak 27 tahun. Bagi mereka yang masih berumur belasan mahupun 20-an akan beranggapan umur ini sudah pun dikategorikan sebagai TUA. Tetapi bagi mereka yang berumur 30-an dan ke atas, umur 27 ni tiada apa. Masih muda. Selagi belum mencecah umur mereka kini.
Sudah masuk bulan 9 pada tahun 2020. Hanya berbaki 1/4 tahun sebelum bermulanya tahun baru. Berlalu pantas rasanya tahun ini berlalu. Ditambah pula dengan masa PKP yang seakan membekukan masa kita. Lagi 3 bulan, umur aku bakal meningkat lagi, menginjak pula ke 28 tahun.
Jujur aku katakan, apabila berada di umur 25-30 tahun, terlalu banyak perkara yang menjadi dilema. Rakan-rakan aku yg sebaya dengan aku sering menceritakan tentang dilema mereka, kisah mereka. Jika yang masih bujang, dilemanya tentang jodoh. Jika yang masih menganggur, dilemanya tentang kerjaya. Jika sudah berkahwin, dilema tentang anak/suami/keluarga. Tak kira apa pun tahap kehidupan kita, pasti kita akan alami pelbagai dilema.
Aku tak mahu cerita tentang orang lain. Aku mahu bercerita tentang aku. Tentang jodoh, aku tak terlalu fikirkannya. Jika ada, adalah, jika tiada, tiadalah. Apa yg sering bermain di fikiran aku adalah tentang kerjaya. Di umur 27 tahun, aku baru saja ingin mula membina kerjaya. Di saat orang yang sebaya dgn aku sudahpun punyai pengalaman kerja 4-5 tahun, aku pula baru saja ingin bermula.
Bekerja dengan orang yang lebih berpengalaman membuatkan aku rasa 'bodoh'. Semua benda aku tak tahu. Aku pandang mereka. Hebatnya mereka. Bagaimana mereka boleh jadi sehebat itu. Tahu benda yang aku tak tahu. Aku malu, malu sebab banyak benda aku tak tahu walaupun aku dah belajar tinggi2.
Apabila perasaan malu dan terasa bodoh ini datang, aku rasa ingin berhenti. Aku rasa macam kerja ini bukan untuk aku. Sebab aku rasa aku tak mampu nak buat. Kenapa aku rasa tak mampu? Sebab aku rasa banyak benda yang aku tak tahu.
Aku duduk. Aku termenung. Aku nak berhenti. Tetapi aku fikir kembali. Kalau aku berhenti, apa yang aku ingin jadi? Biarkan masa berlalu kosong? Berhenti atau tidak, masa tetap berjalan.
Aku lihat mereka yang jauh berpengalaman daripada aku. Ya, sekarang mereka nampak hebat di mata aku. Tetapi suatu ketika dahulu, mereka juga pernah muda. Dan aku yakin mereka juga pernah mengalami 'kebodohan', sama seperti yang aku alami sekarang ini. Mereka boleh jadi hebat sekarang sebab mereka tidak berhenti. Semangat mereka tidak patah hanya disebabkan rasa ketidaktahuan mereka. Malah rasa itulah yang membuatkan mereka rasa ingin tahu, ingin belajar, supaya suatu hari nanti, mereka tak lagi rasa bodoh.
It's okay to be young and dumb. Kerana kita muda lah kita tak tahu apa-apa. Jangan putus asa. Cari pengalaman, cari pengetahuan. Dalam hidup ini, kita takkan berhenti daripada belajar. Setiap hari takkan berlalu tanpa kita belajar sesuatu. Kerana segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Carilah hikmah itu.
Ulasan
Catat Ulasan