Get out from your comfort zone!

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my readers.

Yeay! Blog ni dah dapat approval from Google Adsense! Aku saja cuba mohon (for several times) dan akhirnya, dia approve. Tapi tak adalah aku nak jadi blogger yang berjaya. Aku stick to my passion, nak menulis untuk aku dan untuk orang nak membaca penulisan aku yang entah apa-apa.

Blogger lain buat blog tentang resepi masakan, lifestyle, fashion, gossip. Aku pulak just tulis apa yang aku nak tulis, siapa je nak baca. Dan seperti yang aku katakan, zaman sekarang jarang dah orang jadi blogger. Orang selalu jadi Youtubers, TikToker (betul ke eh?) dan lain-lain. Aku pulak balik ke zaman batu, menulis di blog. 

Oleh yang demikian, aku tak berharap sangat blog ini bakal menjadi sumber pendapatan sampingan aku, tetapi kalau ada, Alhamdulillah, rezeki aku. Okay, tutup kisah announcement aku tentang Adsense.

Back to the topic, get out from your comfort zone! Ceh, tajuk nak omputih, tapi menulis dalam bahasa melayu. Suka hati aku lah nak tulis guna bahasa apa, yang penting mesej yang aku nak bagi tu sampai. 

Semalam, aku keluar dengan kawan dari zaman aku ambil degree di UKM. Kami berborak tentang bermacam-macam perkara, kisah dulu, kisah kami, kisah hidup, kisah kerja dan lain-lain. Bila aku balik rumah, aku imbau balik apa yang kami bualkan. Lepas tu aku terfikir, kami dah berubah. Yes, kami dah berubah. Bukanlah berubah ke arah yang tak baik, aku perasan yang kami dah menjadi semakin matang dan dewasa. 

Jika nak diikutkan, semasa belajar di universiti dulu, aku boleh kategorikan kami dalam golongan yang 'timid' tapi tak terlalu teruk. Kami jarang menonjol di dalam kelas. Datang kelas, dengar lecture, buat assignment, present ambil exam, done! Kalau kelas tu campur dengan student course lain, mungkin mereka tak sedar pun kewujudan kami dalam kelas tu kerana kami ni terlalu low profile, buat hal sendiri. 

Tu kisah zaman dulu. Sekarang, nak kata kami berubah 180 darjah, tidak juga. Kami masih orang yang sama dengan pemikiran yang lebih sedikit berbanding dulu. Kami dah mula berani untuk membuat sesuatu yang lain. Berani menjadi manusia yang lebih asertif, menyuarakan pendapat kami bila perlu.

Haluan kerjaya kami berbeza tetapi kami saling menyokong antara satu sama lain. Kami saling memberi galakan jika ada di antara kami yang perlu melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Contohnya, semalam kawan aku kata, dia perlu bagi training kepada staff yang baru, tetapi dia tak yakin. Walaupun dia dipilih sebab dia antara staff yang dah lama bekerja di situ tetapi dia rasakan dia masih belum layak untuk mengajar orang lain. Orang atasannya beritahu dia, kalau dia nak gaji lebih, dia perlu jadi trainer kepada staff baru. Okay, teknik yang orang atasan dia guna adalah membangkitkan motivasi eksternal dia, iaitu dengan menawarkan gaji. Aku tak ada masalah dengan teknik ni, sebab hampir semua company akan gunakan material sebagai alat motivasi. 

Oh, kepada yang tak familiar dengan motivasi, motivasi ada dua jenis, motivasi internal dan motivasi eksternal. Motivasi internal ini adalah di mana kita terdorong untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri. Contohnya, aku menulis ni adalah untuk diri aku, kepuasan aku. Aku tak menulis kerana mengharapkan pujian daripada orang lain, ataupun kerana aku inginkan ganjaran (bayaran daripada Adsense, contohnya). Kalau aku menulis kerana aku mahukan ganjaran luaran, itu bermakna, yang memotivasikan aku menulis ini adalah motivasi eksternal.

Okay, berbalik kepada kawan aku tadi, aku cuba membangkitkan motivasi internal dia. Aku katakan kepada dia, memanglah pada awalnya kau akan rasa susah, tak mampu, tak nak dan tak layak, tetapi ia bagus untuk diri dia dan kerjaya dia. Langkah pertama sahaja yang susah, tetapi once dia dah buat, nanti-nanti ia akan jadi mudah. Okay, aku bukan nak cerita sangat tentang kawan aku, pengajaran disebalik kisahnya itu.

Pertama, get out from your comfort zone! Kawan aku tu dia selesa dengan kerjanya sekarang. Mungkin dia menolak untuk jadi trainer kerana rasa tak yakin dan lain-lain. Okay, di sini adalah titik permulaannya. Macammana untuk tahu kita berada di dalam comfort zone atau tidak, apabila kita diberikan sesuatu tugasan tu, kita rasa tak nak buat atau tak suka nak buat, atau tak mampu nak buat, itu bermakna kita terlalu selesa berada di comfort zone. Tak mahu keluar dari kepompong kita. Sebab kita dah selesa, jadi kenapa kena buat sesuatu yang lain daripada yang lain? Kan? 

Wrong! Kalau kita terus menolak untuk lakukan sesuatu yang diluar kebiasaan, zone kita tu makin lama akan makin mengecil. Memang rasa maca, eh yeke? Tak lah. No! Kau akan sedar perkara ni apabila orang di sekeliling kau telah maju beberapa tapak ke depan dan kau akan rasa, kenapa aku masih berada di tempat yang sama. Apa yang aku buat selama ni? Dan lama-kelamaan, sedikit demi sedikit, ia memakan keyakinan diri kau dan kau akan rasa sempit dan tak mampu buat apa-apa. Peluang untuk kau keluar dari comfort zone dah terlepas dan jika kau cuba juga untuk keluar, mungkin akan lebih sukar kerana dinding comfort zone kau dah makin menebal. Macammana aku tahu? Sebab aku dah pernah lalui.

Di sini aku ingin tekankan pentingnya motivasi intrinsik apabila kau nak keluar daripada comfort zone. Aku tak kata motivasi ektrinsik tu salah atau tak penting, atau tak berguna tetapi ia hanya akan jadi sementara. Once kau dah dapat reward, kau dah tak ada motivasi lagi untuk terus lakukan sesuatu tu. tetapi kalau motivasi intrinsik ni, kau buat untuk diri kau. Sampai bila-bila pun kau akan dfikir, I do it for myself! Reqard pun kau dapat, kepuasan pun kau dapat. 

Aku dulu pernah buat perkara berdasarkan motivasi ekstrinsik. Masa PMR dulu, aku strive untuk dapat 8A, sebab aku nak pujian daripada parents aku. Aku nak mereka bangga dengan aku. Alhamdulillah, aku dapat juga 8A yang aku idamkan itu. Tapi ada satu kepelikan, di mana aku tak rasa happy pun. My parents just said 'Tahniah'. And aku rasa kosong dan lost. Reward yang aku harapkan not so rewarding pun. Dan sejak itu, aku decide untuk buat sesuatu untuk diri aku. Dan sejak itu, aku bahagia dan tak kecewa. Walaupun masa SPM aku tak dapat skor straight A, tapi aku lebih puas sebab aku buat untuk diri aku. Berapa pun result aku, itu untuk aku. Haaa, korang mesti tak faham kan? Tak perlulah faham. Sebab benda ni susah nk ada empati kecuali kalau kau laluinya sendiri.

Macam biasa, aku kalau dah start menulis, ia akan jadi merapu. Sebelum lebih jauh aku merapu, aku berhenti di sini. 

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang motivasi intrinsik dan ekstrinsik, boleh tanya. Atau pun kau google la sendiri. Kalau kau tak faham, kau pm tepi tanya aku. 


Sekian.


Ulasan

  1. Pakchik nak PM tepi...ni no pakchik 0169402348....
    Pakchik bakal pelajar saikologi...baru nak panas enjin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Psikologi di UKM. Belajar apa ye?

Dilema jurusan Psikologi.

Awak student Psikologi? Please don't read my mind! - updated