Psikologi di UKM. Belajar apa ye?
assalamualaikum semua! okay, aku masih lagi skip post 'the road that I chose...part 2'. belum ada feel nak menulis. so aku skiplah. tunggu feel datang nanti, baru aku tulis. berkaitan tajuk di atas, ni merupakan kesinambungan kepada post aku semalam tentang dilema jurusan psikologi. best atau tak? nak sambung atau tak? so, aku harap, apa yang aku kongsikan kali ni, sedikit sebanyak dapat membantu anda-anda membuat keputusan.
pertama, aku nak beritahu awal-awal, apa yang aku kongsikan ni adalah berdasarkan pengalaman aku dan ingatan aku sahaja. jadi, jika ada sebarang perubahan setelah aku meninggalkan alam ijazah sarjana muda (aku masuk september 2012, grad oktober 2015), pandai-pandailah selesaikan sendiri. kedua, aku tak cover part temu duga sebelum masuk ijazah sarjana muda sebab masa aku masuk UKM, tak perlu ditemu duga. nak tips temu duga, boleh rujuk post Dr. Rahim Munna (Rahim Munna) di Facebook. kalau tak jumpa, beritahu, nanti aku bagi link. okay, sekian peringatan awal, jika ada ingatan-ingatan lain, aku selit je kat perenggan yang aku tengah tulis tu sementara aku ingat.
pengenalan kepada alam ijazah sarjana muda (kenapa aku nak cerita? sebab aku pun 'blur' masa mula-mula masuk degree. hahaha), yang daripada diploma dan asasi, mungkin mereka tahulah kelas berbeza, subjek-subjek yang perlu diambil bukan terhad kepada bidang kita saja dan lain-lain. so, pada semester pertama, hanya dua subjek berkaitan psikologi yang perlu diambil iaitu sistem dan teori psikologi serta personaliti. di samping 2 subjek ni, ada empat subjek lain yang perlu diambil. maka, sem pertama ada 6 subjek secara keseluruhannya. kelas jangan cakap, memang penuh la jadual. hahaha. mula-mula je rasa berat, nanti dah biasa okay saja. oh, lupa nak bagitahu info tersangat penting. DI UKM, PEMBELAJARAN DIJALANKAN DALAM BAHASA MELAYU (kecuali subjek bahasa inggeris dan bahasa-bahasa lain, of course *mata ke atas). walaupun ada beberapa pensyarah yang menggunakan nota slide menggunakan bahasa inggeris, tetap bahasa melayu juga yang digunakan dalam kuliah, tutorial, assignment, peperiksaan dan juga penulisan kajian yang berbentuk tesis atau kertas projek atau apa-apa lah. jangan nak cakap student UKM x pandai english k, sebab kami-kami yang belajar dalam bahasa melayu ni, tetap menggunakan rujukan-rujukan berbahasa inggeris (kebanyakannya). jadi, bahasa inggeris dapat dipertingkatkan melalui pembacaan-pembacaan artikel serta bahan rujukan yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penulisan. okay, next!
review untuk subjek sistem dan teori psikologi, seperti yang aku pernah katakan, subjek ni macam sejarah 'how psychology was born' macam tu. dari mana datangnya ilmu-ilmu psikologi ni berkumpul dan digelar sebagai psikologi. perkara asas yang perlu tahu, apa maksud disebalik PSIKOLOGI. ia berasal daripada gabungan perkataan greek iaitu, psyche yang bermaksud jiwa dan logos iaitu kajian. maka diringkaskan, kajian mengenai jiwa atau roh, atau minda. apa itu psikologi? banyak maknanya, terpulang kepada tokoh dan juga pegangan dan pandangan-pandangan mereka yang mendefinisikannya. untuk subjek ni, akan belajar mengenai evolusi ilmu psikologi, kumpulan-kumpulan fahaman psikologi seperti psikoanalisis, behaviorisme, kognitivisme dan lain-lain. memandangkan aku tak berapa pakar dalam sejarah-sejarah ini, aku mengambil keputusan untuk tidak menghurai lebih lanjut mengenainya, takut 'mislead'. nanti belajarlah ye. yang aku ingat, aku kena buat assignment mengenai Gestalt, di mana frasa 'The Whole is Other than the Sum of the parts' itu penting. falsafah sangat kan? hahaha. so, aku akhiri penerangan subjek ini setakat di sini. oh, lupa nak kenalkan simbol psychology. ni dia simbol psikologi, nanti jangan tak tau pulak

okay, seterusnya adalah subjek personaliti. aku suka sangat subjek ni, mungkin sebab aku suka pensyarah dia. masa aku tahun satu, dia belum dapat title Dr., jadi kami panggil dia puan Rose, tapi sekarang dia dah dapat title Dr., kami panggil dia Dr. Rose atau nama penuh dia Roseliza Murni. sedap je nama dia. Ramai senior dan junior takut dengan dia, sebab dia tegas. tapi 'don't judge book by it's cover' dia baik sahaja orangnya. dalam kelas dia memang tegas, tapi kalau jumpa luar dari kuliah, peramah je. jangan terkejut kalau kau terserempak dengan dia kat luar, kau tegur dia, dia akan panggil kau dengan nama kau. dia hafal nama setiap seorang pelajar dia. tapi masa aku dulu batch tak ramai, dalam 40, dia boleh hafal nama. sekarang ambilan untuk degree banyak juga, lebih kurang 100, jadi aku tak pasti dia masih ada habit menghafal nama pelajar lagi ke tak. tapi aku pernah tanya junior, dia kata, yes, Dr. Rose memang hafal nama student. jangan seram, but appreciate it. ada yang bertanya tips tentang Dr. Rose, macammana nak score subjek dengan dia. bagi aku, bila dia bagi assignment group, sila buat sehabis baik. kalau tak tahu jangan tanya senior, tapi tanya dia. lebih baik secara bersemuka, tapi kalau tak sempat, melalui ifolio atau emel pun okay. ingat pesan aku ni, kalau tak pasti, jumpa dia, tanya dia, she will gives her opinion. tapi jangan lah esok nak present, hari ni baru nak tanya, kena marah jangan salahkan aku. kalau masa present tu kau banyak sangat salah, memang dia akan tegur kau depan-depan, di hadapan semua orang. oh, lupa nak bagitahu satu lagi, kelas dia, nota kuliah dia tak complete, like a puzzle. kena datang, dengar dan salin. tak datang kuliah? nasiblah.
haaa, panjang pulak aku cerita tentang Dr. Rose. tapi aku tak tahu lah nanti siapa yang ajar subjek ni sebab pensyarah yang mengajar ni kadang-kadang bertukar. okay, habis review tentang lecturer, aku nak cerita tentang subjek ni. apa tu personaliti? ia berasal dari perkataan 'persona' iaitu topeng dalam persembahan. definisi bagi 'personaliti', banyak sebenarnya, terpulang kepada tokoh yang mendefinisikannya. melalui subjek ni, kita akan kenal tokoh-tokoh psikologi. Sigmund Freud, Carl Jung, Alfred Adler dan Erich Seligmann Fromm yang menggunakan pendekatan psikoanalitik. eric erikson pula menggunakan pendekatan sepanjang hayat untuk menghurai personaliti. bagi pendekatan humanistik, tokoh yang penting adalah Abraham Maslow (antara yang paling popular) dan Carl Rogers. pendekatan tret pula digunakan oleh Gordon Allport dan Raymond Bernatt Cattel. Albert Bandura pula terkenal dengan pendekatan pembelajaran sosial dan Harry Stack Sullivan pula menekankan hubungan interpersonal. tokoh-tokoh ni menerangkan bagaimana personaliti seseorang itu terbentuk mengikut pendekatan dan pandangan masing-masing. masa belajar ni, memang menarik sebab memang boleh relate dengan diri kita sendiri. ia akan buatkan kita terfikir, 'oh, aku jadi macam ni mungkin sebab ni'. macam tulah. nak tahu, belajar! kalau aku explain semua kat sini, lebih baik aku yang jadi lecturer. aku dah kata, aku cuma buat review, bukan mengajar. hahaha.
okaylah, aku sebenarnya target 1 post boleh cover 3 sem punya subjek, rupanya 1 sem, tu pun 2 je subjeknya. hahaha. yelah, satu sem pun dah 6 bulan, mana boleh nak sumbat satu tahun setengah punya cerita dalam 1 post kan. so, aku akan sambung lain kali untuk subjek-subjek seterusnya. bila aku akan post, aku pun tak tahu dan tak boleh janji. kalau tak ada orang baca post ni, lagi lambat aku post. hahaha. okay, sekian, terima kasih kepada diri aku yang menaip panjang. daaa!!!
Salam sis. Kenapa sis tk ada temu duga eh?
BalasPadamWslm. Sebab sis intake tahun 2012/2013. Masa tu masih belum ada temu duga lagi. Kalau tak silap temu duga ni start masa 2 atau 3 tahun selepas daripada intake batch sis.
Padamnak tanya, yuran mahal x?
Padamukm psikologi kampus mana ya?
BalasPadamKampus Bangi
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam kak.. Apa beza psikologi yg akak terangkan ni dengan psikologi klinikal? Ke sama je?
BalasPadamLain dik. Akak terangkan ni baru 2 subjek. Ada lagi 13 subjek berkaitan psikologi akak tak terangkan.
PadamPsikologi klinikal tu satu sub bidang psikologi. Kalau masa degree, ada 2 subjek yg ada kaitan dengan psikologi klinikal - modifikasi tingkah laku dan psikologi abnormal.
Kalau nak betul2 belajar psikologi klinikal, kena sambung master dlm psikologi klinikal.
Hii kak sy nak mohon pencerahan tentang course psikologi ni..kt mne sy nak contact akak ye?
BalasPadamHi.. Maaf lambat, akak terlepas pandang..
PadamBoleh lihat ruangan hubungi saya, kat situ ada link fb dan ig.
Boleh contact di sana.
Assalam..saya nak tau,setiap semester brpa byk assigment yg harus d siapkn??dlm 1semester brpa ptut d selesaikn??saya hnya ingin tau,dik..
Padamhi akak boleh sye tahu sekarang akak kerja sebagai apa?
BalasPadamHi! Skrg akak kerja sebagai program manager/trainer kat training provider company.
PadamNak tanya, apa kerjaya bgi lepasan sarjana muda psikologi ye ?
BalasPadamAssalamualaikum cik,hello..saya minat sangat bidang psikologi,tteapi,kita akan belajar Agama juga tak? Sebab saya minat nak sambung dalam pengajian islam dan psikologi...dalam bidang psikologi ada belajar agama juga? Tq miss
BalasPadamTahniah atas kejayaan miss🥰
BalasPadamAssalamualaik, saya nak tanya, mmg exam smua kene dalam bhs melayu ke 💀, x susah ke nak translate terms² english to bm?
BalasPadamNak tanya klu saya dari diploma mikrobiologi boleh ke nak sambung psikologi?
BalasPadamSalam, akak nk tnya klau la sy student lpasan degree bidang antropologi, pastu nk smbung master dlm bidang psikologi kt ukm boleh ke ekk.. ke dia trima degree psikologi jer
BalasPadam