How psychology things help me

Assalamualaikum.

post kali ni ditulis supaya aku ingat tentang perasaan yang aku rasakan tika ini. sedih, sunyi, full of regrets, tidak lupa juga rasa syukur. all of this mixed feelings makes me write this entry.

3.2.2019, ayah yang Allah pinjamkan kepada aku selama 26 tahun pergi meninggalkan aku, meninggalkan kami sekeluarga di dunia ini. Siapa sangka begitu mudah dia meninggalkan kami, tanpa kami sangka, tanpa kami duga.

kali ini merupakan kali ketiga aku berdepan dengan kematian orang terdekat aku. pertama, arwah datukku, semasa aku berumur 11 tahun. kedua, arwah nenekku, semasa aku berumur 20 tahun, dan kini, ayahku, pergi meninggalkan aku.

di saat aku baru saja bermula untuk berdikari, untuk membuktikan kepada beliau aku boleh berjaya seperti yang diharapkan olehnya, saat itu juga dia pergi. belum sempat aku bercerita tentang permulaan kehidupan baruku kepadanya, masih belum sempat aku hadiahkan dia bermacam-macam benda yang aku impi untuk hadiahkan kepadanya, belum sempat aku bawa dia melancong ke tempat kegemarannya, dia sudah tiada lagi di sisi aku. saat ini, perasaan sedih menyelubungi.

bermula dengan kehidupan di tempat baru, aku masih belum biasa dengan keadaan ini. tinggal jauh dari rumah membuatkan aku terlupa bahawa ayah telah tiada. kadangkala, jika aku ternampak kedai makan yang menarik, aku teringat untuk membawa ayahku makan di kedai tersebut, kerana ayah aku gemar untuk mencuba makanan baru, tapi, baru aku teringat, ayah sudah tiada lagi di sisi. dan dikala ini, aku rasa sunyi.

di saat akhir kehidupannya di dunia, sejujurnya aku tidak sempat memohon keampunan darinya. selama 26 tahun aku hidup, sudah tentu banyak kesalahan yang aku lakukan terhadap beliau. bermacam-macam perkara yang aku sesalkan, dan aku sedarinya dikala dia tiada lagi di dunia.

aku sedih, aku menangis, aku sunyi, aku menangis, aku menyesal, aku menangis. tapi berada jauh dari ahli keluarga di saat aku baru sahaja kehilangan ayah adalah sukar bagi aku. sangat sukar. tiada siapa tahu aku menangis setiap hari selain Allah. tiada siapa tahu apa yang aku rasa selain daripada Allah.

how psychology help me during this time? Alhamdulillah, I know that I am resilient. i know what i feel, i know what i think. and i know how to bounce back. i don't let myself drown in my own feelings. i know that social support are important, and i'm lucky that i've surrounded by supportive family and friends. i have goals, and i'm striving for it. empathize my friends that have undergoes the same situation like me really help me, a lot. one thing that i remember what my friend said when he loss his father "semua orang akan lalui benda yang sama, cuma aku yang lalui dulu." and this sentence really hit me when my father passed away.

minggu lepas, aku ada training, and training tu dijalankan seminggu selepas aku berdepan dengan berita ketiadaan ayahku. dan aku ingat lagi kata-kata trainer tu "you're so strong girl! i can't even tell that you've loss your father recently." mendengar kata-katanya membuatkan aku rasa, ya, I know that I'm strong. Alhamdulillah.

how psychology help me? i know that it's okay to feel sad, i know it's okay to cry. the things is, how you control your feelings. Alhamdulillah, i now realise why Allah put me in this path. i'll continue to strive for my passion. i wish to help more people around me, keep spread positive vibes and inspiring other people.

al-fatihah for my late father, Amin bin Arbain.




Ulasan

  1. Be Strong..always be Strong...
    Allah always beside us..Keep praying and be a successfull person Dilah!!!! May all your wishes come true.. Al Fatihah to your late father...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Psikologi di UKM. Belajar apa ye?

Dilema jurusan Psikologi.

Awak student Psikologi? Please don't read my mind! - updated