Kerja vs Belajar

assalamualaikum..

dah masuk tahun 2019 guys. pantas betul masa berlalu. aku rasa macam aku baru je start create blog ni. entah berapa post je yang aku sempat post dalam masa setahun. ha, tu la, awal-awal buat dulu kemain semangat, lepas tak ada orang baca blog aku, terus drop motivasi aku nak menulis. hahaha. ye la, aku tahu zaman sekarang ni mana la ada orang nak baca blog lagi. biaq pi lah, aku tulis untuk aku. supaya nanti bila aku baca balik posting aku, aku boleh gelak sorang-sorang, teringat balik apa tujuan aku menulis sesuatu post.

oklah, tujuan post aku kali ni, aku nak cerita tentang kerja vs belajar. ini pendapat akulah. aku rasa belajar tu jauh lebih senang, serius ni. walaupun banyak assignment, exam dll, ia jauh lebih senang berbanding kerja. aku rasa kerja ni macam tak sesuai sangat dengan jiwa aku. hahaha.

aku baru start kerja (bukan kerja sangat, lebih kepada on the job training). aku plan nak join program on the job training ni lama dah, daripada zaman aku study lagi. disebabkan aku praktikal sekejap je, 8 minggu, jadi aku rasa pengalaman kerja aku tu sangat cetek. jadi aku belum confident sangat nak terus kerja. jadi, aku pun mohon la program ni. masa awal-awal mohon pun, macam tak harap sangat sebenarnya. tapi every process yang diperlukan untuk program ni, aku buat, dan Alhamdulillah, terima offer. dan bermula la hidup aku sebagai executive trainee.

'eleh, baru kerja 2 minggu dah kata tak sesuai dengan jiwa'. hahaha. yes, macam terlalu awal untuk aku katakan tak sesuai dengan jiwa aku. bagi aku, kerja ni satu tanggungjawab di mana kau kena laksanakan sesuatu sebab kau dibayar untuk lakukan itu. kau akan rasa serba salah kalau tak buat kerja sebab kau rasa macam kau makan gaji buta. aku? aku tak kata lah aku makan gaji buta, tapi tempat kerja aku tu macam belum memerlukan aku sangat, jadi aku tak banyak kerja. aku sangat suka kalau dia bagi aku kerja, sebab kalau aku tak ada kerja aku sangatlah bosan dan mengantuk. kalau aku ada banyak kerja, aku rasa masa akan berlalu dengan sangat pantas, tapi kalau tak ada kerja, nak tunggu jarum jam tu bergerak macam tunggu nak berbuka puasa je rasanya. hahaha. kalau kau study, lain, kau boleh rancang sendiri masa kau dan kerja apa yang kau nak buat.

kedua, kerja tak mencabar. hahaha. mungkin belum lagi, tapi setakat ni, kerja-kerja yang aku buat tak mencabar. hahaha. kalau study, kau kena berfikir dan berfikir, ia mencabar kau hingga ke tahap maksimum. kalau kerja, kau pergi kerja, kau balik kerja. kalau ada accomplishment yang kau buat, maka adalah rasa bermakna kau pergi kerja. kalau tak, maka kau akan rasa, erm, kosong. jadi apa yang aku rasakan, kebanyakannya, kosong. mungkin nanti, aku akan dapat buat sesuatu yang mencabar dan itu akan membuatkan aku dapat kepuasan kerja. mungkin. nanti.

oklah, nanti ada masa aku kongsikan perjalanan kerja aku ye. bye.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Psikologi di UKM. Belajar apa ye?

Dilema jurusan Psikologi.

Awak student Psikologi? Please don't read my mind! - updated