Tentang hidup
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tiba2 je aku muncul update blog, pelik kan? 😂
Sebenarnya, aku tengah bosan, dalam bas, otw balik ke segamat. Aku pergi ke KL utk attend wedding kawan aku.. So, semalam lagi aku dah ke KL, stay kat rumah salah seorang classmate aku masa master di UKM.. Sesampainya aku di rumah dia, apa lagi, kitaorang pun berborak sbb dah lama tak jumpa.. Macam-macam topik keluar masa berborak tu.. Kawan aku ni umur dah 30+, jadi pengalaman hidupnya lebih banyak daripada aku.. Sambil borak tu, sambil kami memberi pendapat tentang cerita masing2.. Apa yg aku suka berborak dengan orang yg lebih tua adalah pandangan mereka berbeza, and sometimes, apa yg diaorg cakap tu menjadi 'eye-opener' bagi 'budak tak cukup umur' macam aku.. Jadi, tujuan aku update post di blog ini adalah untuk berkongsi key point yg aku rasakan penting.. So, here they are :
Hidup dirasakan lebih bermakna jika kita dpt beri sumbangan kepada orang lain. Point ni aku dapat rasa sekarang.. Mcm kawan aku ckp, dia cemburu tgk aku dan lain2, dapat buat sesuatu utk orang lain.. Jika dia, apa yg dia buat hanya untuk diri dia sendiri.. Kalau mcm aku, memanglah kadang2 rasa penat, tapi apabila dapat buat sesuatu utk orang lain, kepuasannya lain.. Kalau kita buat sesuatu utk diri sendiri, hanya kita saja yg dapat, tp kalau kita beri sumbangan kepada orang lain, org lain dpt manfaat, kita pun dpt manfaat (kepuasan)..
2nd, aku cakap dgn dia, aku cemburu tgk dia yg free, nak ke mana je boleh, tak ada yg melarang, dan dia bebas utk buat apa je yg dia nak. Tp dia ckp, yes, kdg2 mmg mudah, tapi dr satu sudut, rasa sunyi, rasa tiada yg mengambil berat.. Sebabnya, kalau dia ke mana2 pun x ada yg tanya dia, dah sampai ke? Selamat sampai atau tak dan lain2.. Betul jugak tu.. Nasihat dia, syukuri nikmat itu.. Ada yg khuatir ttg aku tu satu nikmat (sbb aku selalu whining ttg aku tak boleh ke mana2) 😂
Next, aku sekarang kan sedang berkhidmat di rumah (aku tak nak guna perkataan menganggur.. Hahaha), kadang2, bila orang tanya, kerja kat mana skrg, aku rasa segan nak jawab.. Sebab aku memang tak bekerja.. Orang sekeliling aku ada high expectation terhadap kerjaya aku sbb they think I'm extraordinary masa sekolah (padahal biasa je pun 😌), so they expect me kerja besar2 la orang ckp.. Umur aku skrg 25, tp masih di rumah, nak kata baru habis study, dah dekat setahun anniversary konvo aku 😂.. Tapi, bila berborak mlm td, aku rasa aku patut syukuri waktu skrg, sbb aku masih diberikan kesempatan utk berbakti kpd ibu bapa aku.. Walaupun bukan wang ringgit yg aku sumbangkan, tapi dapat teman ibu ayah, dpt mudahkan urusan harian mereka juga satu sumbangan.. Plus, anak2 buah aku skrg masih memerlukan aku utk menguruskan mereka, jd sementara boleh aku sumbangkan sesuatu, why not kan.. So, aku nak ckp yg I am proud of myself walaupun aku masih menganggur.. Dan aku syukuri nikmat (masa) yg diberikan kpd aku utk spend time dgn family aku..
Next point, jalan yg ditentukan oleh Allah adalah yg terbaik, yakinlah dgn apa yg ditentukanNya.. Kita ni, manusia, byk sgt berfikir.. Every possibility kita nak fikir, smpai situasi yg paling susah pun kita nak fikir sdgkan situasi tu x berlaku pun.. Chill lah.. Berdoalah kpd Allah utk mempermudahkan jalan yg ditentukn utk kita.. Kalau fikir byk sgt, nanti kita belum cuba pun dah give up lg.. So, aku skrg ni cuba je apa yg ada depan mata, contohnya attend interview kat UiTM hari rabu ni.. Lulus atau tidak, aku berserah pada Allah.. Kalau rezeki aku ada, mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya..
Erm, oklah, setakat ini sahaja perkongsian aku.. Lain kali kalau rajin aku update lg.. 😁
Doakan aku untuk interview di UiTM nanti ye.. 😊
Ulasan
Catat Ulasan