Ujian, Ujian.

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku baru terbuka hati nak buka blog ni. Ya Allah, dah bersarang penuh dah rupanya. *sigh. tak sangka, begitu pantas masa berlalu. last aku post something adalah pada bulan 3, dan sekarang dah bulan 7. ok, dah 4 bulan masa berlalu. dan aku? masih sama, aku rasa (kecuali part berat badan. don't ask!).

tu lah korang, tak rajin nak baca blog aku. kan aku dah tak ada motivasi nak mengarang kat blog ni. hahaha. ok, ok. I won't put a blame at you all. aku yang salah *crying*. aku busy ke? entah. rasa macam tak, tapi apabila memikirkan 4 bulan berlalu begitu sahaja, membuatkan aku berfikir, adakah aku busy? hmmm..so mysterious.

sebenarnya, apa yang membuatkan aku tetiba buka balik blog aku yang dah bersarang ni adalah ujian bertulis yang bakal aku hadapi ahad ni. yes, hari ahad ni (15/7/2018). last weekend, aku pergi ke perak, rumah kawan aku. jumpa dia setelah hampir setahun tak jumpa, borak pasal masa depan. yela, umur dah 25, tapi jalan hidup masih kabur. salah satu topik hangat adalah pasal kerja lah. apa lagi. macam-macam yang kitaorg borakkan. then, after borak2 tu, aku pun dapat emel, daripada UiTM, panggilan untuk ujian bertulis. aku pun, krik, krik. sebab apa? sebabnya, bila aku mohon jawatan kat UiTM dan jawatan apa yang aku mohon pun aku tak ingat. hahahaha. then aku pun, oh, aku ada mohon. aku ingat sebab masa mohon UiTM ni dulu, kena beli no. pin kat BSN. aku mintak tolong akak aku belikan, yes, dia belikan. tapi kemudiannya membawa kepada peristiwa IC aku hilang. hahaha. panjang ceritanya, aku malas nak cerita. kenapa aku lupa yang aku mohon? sebab aku mohon bulan 4 ritu, dia panggil ujian bulan 7. so, dalam masa 3 bulan tu, ada la aku mohon kerja kat tempat-tempat lain. so, aku pun lupa yang aku ada mohon UiTM. dan aku sangkakan yang aku memang tak layak, so sbb tu UiTM tak panggil. rupanya lama jugak mereka proses pengambilan pekerja ini.

ok, then bila balik rumah, aku pun bukak la website yang dia suruh bukak untuk tengok detail tentang ujian bertulis tu. aku kena ambil ujian tu kat Kolej Melati, UiTM Shah Alam. pastu, rupa-rupanya, kawan aku yang kat perak pun dapat panggilan untuk ujian bertulis tu. tapi tempat ujian dia kat UiTM Puncak Alam. musnah impian aku nak jumpa dia sekali lagi. *crying again*. Aku mohon untuk jawatan pegawai psikologi, kawan aku tu mohon jawatan penolong pendaftar. aku pun google la ujian bertulis UiTM ni macammana. tapi tak banyak pulak orang kongsi. yang ada pun hanyalah ujian bertulis untuk jawatan penolong pendaftar. tak ada yang tulis tentang pegawai psikologi *sigh*. adakah sama soalan untuk kedua-dua jawatan tersebut? kalau sama, macam tak logik sebab skop kerja berbeza. tapi, kalau lain, kenapa waktu ujian tu sama. hmmm.. entahlah, tapi apa yang aku nak study untuk ujian ni pun aku x tau. ha, bila aku baca perkongsian mereka-mereka yang pernah jawab ujian ni la membuatkan aku teringat kembali kat blog ni. hahahaha. tu je aku nak cerita sebenarnya.

Ya Allah, jika ini rezeki yang telah Kau tentukan untuk aku, maka permudahkanlah jalanku. begitu juga dengan sahabat-sahabatku, permudahkanlah jalan kami. Aamiinn..


nanti, kalau aku rajin, aku kongsi pasal ujian tu ye. now, aku nak tidur. good night!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Psikologi di UKM. Belajar apa ye?

Dilema jurusan Psikologi.

Awak student Psikologi? Please don't read my mind! - updated