hangat-hangat tahi ayam?

assalamualaikum, kepada diri saya, dan juga pembaca (kalau ada).

haaa, tajuk kali ni, hangat-hangat tahi ayam. hehehe. why? sebab aku rasa bersalah dah lama tak update blog la. masa tulis blog awal2 dulu kemain lagi, nak update selalulah, nak pastikan kali ni rajin update, rajin share ilmu, and whatsoever. last2, satu post sebulan pun belum tentu. hahaha. adakah benar aku ni cuma hangat2 tahi ayam?

okaylah, marilah aku ceritakan apa yang berlaku kepada aku selama ni (mcm lama sgt) sampai aku tak sempat nak update blog. okay, kronologinya panjang, dan penceritaan aku mungkin agak berterabur, harap bertabah membacanya.

lepas aku konvo, hujung bulan 10, aku diserang (over sangat pemilihan perkataannya) dengan satu infection kat jari aku akibat alahan sabun basuh pinggan. ha! jangan tak tau, tangan aku ni sensitif tau, sama jugak macam jiwa aku. teruk sangat ke alahan tu sampai x dapat update blog? hey, jangan pandang rendah kat infection dan alahan aku ni. teruk lah, kalau tak teruk, tak kan aku saje-saje tak nak update blog kan (alasan lagi). okay2, aku serius eh. dua jari tangan kanan aku, iaitu jari telunjuk dan jari tengah (hantu) bengkak dan berair. jap, aku rasa aku ada ambil gambar masa tengah teruk tu,

haaa..actually, time ni xde la teruk sgt, tapi permulaan kepada segala-galanya. macam-macam ubat aku duk sapu. dah pi poliklinik, farmasi, rendam garam, dan macam-macam lagilah ikhtiar yang aku guna untuk sembuhkan jari ni, tapi Allah masih belum bagi kesembuhan. kesian tau aku, dah la yang kena tu kat jari tangan kanan, aku kena makan guna sudu garfu, in fact, sampai sekarang aku makan gunu sudu dgn garfu. keadaan jari aku sekarang, Alhamdulillah, makin membaik. tapi alah tu masih ada. so, dengan kata lain,aku tak boleh basuh pinggan. nama pun alah kan.. habislah aku, tak ada lah lelaki nak pinang aku sebab aku tak boleh basuh pinggan.. haih, tak dak lah, melawak ja. bukan la aku langsung tak boleh basuh pinggan. boleh je, tp kena guna sarung tangan. kalau degil jugak nak basuh pinggan tanpa sarung tangan, hadaplah sendiri akibat di kemudian hari.

okay, done bagi alasan no. 1. lepas tangan aku makin sembuh, keluarga aku diberikan ujian yang agak berat. abang sulung aku yg aku panggil along disahkan menghidap leukemia type ALL. nak tahu lebih lanjut tentang penyakit ni, google sendiri. aku malas nak google untuk korang. nak explain panjang-panjang pun tak pandai sebab bukan bidang aku. leukemia ni sejenis blood cancer, di mana white blood cell melebihi daripada yg secukupnya. dia didiagnosed pada bulan januari, dalam 20hb macam tu lah. tapi aku rasa sakit tu dah serang dia since bulan 12. jangan ckp along aku tak cuba dapatkan rawatan eh. dah banyak kali dia pergi ulang alik hospital cakap yg dia sakit (sakit dia macam sakit nak beranak, sakit belakang, rasa mcm ada contraction nak bersalin tu, tapi x pregnant, dah abg aku lelaki, confirmlah dia x pregnant), tapi doktor just bagi pain killer without buat any test. tak nak cerita panjang bab ni, nanti aku stress plus marah, rasa nak mengamuk, dan post aku bakal bertambah panjang. so aku stop panjangkan cerita ni. sekarang ni, abang aku kat wad di JB, sedang menjalani chemotherapy.

penat dah baca kan? mesti tertanya-tanya apa kaitan abg aku sakit dengan aku tak update blog? haaa..sabaq sat, aku nak cerita lah ni. abang aku ni ada 3 orang anak, dan seorang isteri. so, sepanjang along aku menjalani rawatan kat JB, maka, anak-anaknya berada di bawah jagaan ibu dan ayah aku. dengan kata lain, aku turut terlibat secara langsung terhadap penjagaan anak2 ini semasa ketiadaan ibu dan ayah mereka di rumah. haaaa.. dah jelas kan sekarang kenapa aku tak sempat nak update apa-apa. so, cuba bayangkan, aku ni bujang, tak pernah ada anak, tiba2 kena jadi ibu kepada 3 orang anak, yang berumur 7, 5 dan 4 tahun. masing-masing tengah aktif sesangat. di tambah pulak dengan seorang dah sekolah, dua lagi sekolah tadika, lagilah letih cheq nak melayan. tapi jangan ingat cheq merungut noh, cheq tak merungut, cuma cheq nak kome bayangkan lelah menjaga anak2 (tetiba teringat jasa ibu bapa membesarkan aku masa kecik dulu).

"eleh dila, kata tak sempat nak update sebab busy, habis tu, boleh je update sekarang." hey, mulut jangan nak jadi makcik bawang sangat. tau tak aku mengorbankan waktu tidur aku sekarang untuk update blog ni. esok nak kena bangun awal sebab budak-budak tu sekolah. tapi, disebabkan aku dah lama sesangat teringin nak post something kat blog aku yg dah bersawang, maka aku update jugak post malam (pagi) ni. lagipun, setelah sebulan jadi mak orang, aku dah boleh biasakan diri dengan rutin ni. so takde hal lah. nak tau tak, aku ni hampir setiap hari duk fikir topik untuk aku post and share dengan korang (korang lah sgt. blog ko takde audience dila ooii). tak apa lah, aku dah biasa syok sendiri. tengoklah nanti, jika idea-idea bernas aku tiba nanti, dan jika ada masa yang boleh aku luangkan untuk membebel di sini, aku post and share ye. untuk malam ni, aku cuma nak memberitahu situasi hidup aku yang menjadi kekangan terhadap kebolehtullisan (perkataan apabenda lah ni) aku terhadap blog ini. sekian, selamat malam.

*maafkan penulisan terutamanya bahasa diri yang mengikut dialek2 negeri yang tunggang langgang ikut sesuka hati. memandangkan post hari ni bukan berbentuk ilmiah sangat, maka gaya penulisan aku tidaklah disusun dengan baik dan rapi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Psikologi di UKM. Belajar apa ye?

Dilema jurusan Psikologi.

Awak student Psikologi? Please don't read my mind! - updated