dua jubah, satu cerita

assalamualaikum semua (semualah sangat, aku seorang je yang membaca).

lama sudah tak update apa-apa. maaf, bukan niat untuk hangat-hangat tahi ayam dalam menulis blog, tetapi bulan oktober agak penuh dengan aktiviti-aktiviti membuatkan aku mempunyai kekangan masa untuk update blog ni. baiklah, entry kali ini bukanlah perkongsian mengenai ilmu psikologi (secara langsung), tetapi ingin aku ceritakan kisahku, dan psikologi.




30 Oktober 2017, alhamdulillah, dikurniakan ijazah sarjana sains sosial (psikologi industri dan organisasi). haaa. sekarang dah tahu kan kenapa aku sibuk sangat tak dapat update blog ni. warna jubah sama kan? tapi hakikatnya berbeza. gambar yg atas tu baru diambil dua hari lepas, gambar yang di bawah pula diambil pada dua tahun lepas.
.
.
.
.
.
Haaa.. Kenapa aku duk skip baris?  Sebab aku dah lama sangat duk peram post ni.. 😂 tujuan asal nak post bulan 11, dah rancang dalam kepala apa yang nk ditulis, tapi duk bertangguh, la ni baru sambung.. Dan sudah pastinya apa yang aku rancang nak tulis dah pun aku lupakan. Bukan sepenuhnya, tapi lupa la jugak sebab dua bulan lepas bukan main berkobar-kobar lagi nak tulis, idea mencurah-curah. Sekarang, air hujan je yang mencurah-curah,  idea tak ada. Tapi tak apa, aku post je post yang ni, kalau idea-idea tu datang balik, aku buat post lain. Apa yang aku nak sampaikan adalah aku dah konvo!!! 
Sekian, berjumpa lagi di lain hari... Bye!!! 


*nota kaki : aku baru download app blogger. Harapnya lepas ni rajin la sikit aku mengarang post.. 😂

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Psikologi di UKM. Belajar apa ye?

Dilema jurusan Psikologi.

Awak student Psikologi? Please don't read my mind! - updated