Let Me Introduce...

assalamualaikum and hi to readers!

ok. first of all, disebabkan ini merupakan post pertama bagi blog ni (bukan blog pertama), i want to introduce myself. bak kata pepatah, tak kenal, maka tak cinta. oleh itu, marilah kita berkenalan. eh!
nama saya Siti Nur Adilah binti Amin. Berumur 24 tahun. info apa lagi nak tahu? kalau nak tahu, sila pm tepi. hahaha. erm, ni aku nak beritahu awal-awal, bahasa yang aku gunakan dalam blog ni adalah bahasa rojak (BM + BI) dan bahasa pasar - kalau cikgu BM aku tau aku guna bahasa rojak+pasar mesti dia kecewa. hahaha.

jangan pelik, kenapa pada tahun 2017, di zaman SOCMED macam facebook, twitter, insta lebih famous, aku lebih memilih untuk menulis blog. kenapa aku create blog? jawapannya sebab aku suka menulis. masa sekolah dulu aku rajin tulis blog, diary, cerpen and so on (walaupun pada hakikatnya aku bukan suka subjek bahasa pun masa sekolah dulu). then kenapa aku memilih blog berbanding SOCMED lain? sebab kalau facebook, insta, twitter (aku tak ada acc twitter), audience or reader aku terhad. apabila reader aku terhad kepada kaum keluarga, rakan, guru, kenalan, maka ia akan menjadikan penulisanku lebih terhad. sebab sebelum aku post apa-apa, aku akan fikir dua-tiga kali sebelum post, dan akhirnya aku akan delete dan tak jadi post sbb aku pemalu. hahahaha. kalau aku post kat blog aku, aku rasa penulisan aku lebih bebas sebab reader aku terdiri daripada individu yang aku tidak kenali dan juga tidak mengenali aku. ok, cukup setakat ini 'reasoning' kenapa aku menulis blog pada tahun 2017.

isu kedua, apa content blog ni? seperti namanya "psikologi" so aku akan berkongsi serba sedikit apa yang aku belajar dulu kepada orang lain. oh, lupa nak beritahu, aku merupakan graduan ijazah sarjana muda psikologi dan juga ijazah sarjana psikologi industri dan organisasi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). waaaa. nampak macam gah kan? tak gah sangat pun. hahahaha. pada yang rasa memang tak gah pun, tahniah! anda memang bijak! tadi persoalan kenapa aku pilih blog, sekarang kenapa aku pilih untuk menulis tentang psikologi pulak. firstly, kan aku dah kata, aku suka menulis. kalau dulu-dulu masa sekolah, aku tulis pasal cinta (monyet) lah, pasal diri akulah, pasal perkara remeh yang remaja (zaman aku) fikirkan. memandangkan sekarang umur aku pun dah meningkat, maka aku pun ingin meningkatkan tahap penulisan aku daripada tentang aku kepada tentang kita, eh, kepada tentang apa yang boleh aku kongsikan kepada orang lain. bunyi macam aku bagus dan bijak sangat kan? tidak. jangan disangka begitu. aku pun belajar jugak. maka tidaklah sebijak mana.

sebab kedua (sambung perenggan lain sebab kalau orang tengok perenggan panjang-panjang orang tak nak baca. haaa.. nampak tak psikologinya di situ? hahaha. acah je), masa aku belajar dulu, kalau aku google tentang psikologi, mostly blog/website yang berkongsi ilmu psikologi ni adalah dalam bahasa inggeris dan bahasa indonesia. sangat sedikit blogger psikologi berbahasa melayu (walaupun aku guna bahasa rojak, tapi masih boleh dikira blog bahasa melayu sebab aku melayu. hahaha.). disebabkan terlalu sedikit insan-insan yang create blog psikologi+guna bahasa melayu, maka aku terpanggil untuk create blog aku sendiri, perkongsian ilmu psikologi, dalam bahasa melayu. seperti yang aku katakan, aku juga masih belajar, masih cetek ilmunya, tapi aku percaya, kalau aku berkongsi ilmu, ilmu aku tak berkurang, tapi makin bertambah disebabkan sebelum aku menulis atau berkongsi tentang sesuatu topik atau perkara, aku perlu buat research dulu sebelum post kat sini. aku tak mau aih memalukan universiti dan pensyarah-pensyarah aku kalau aku tulis benda mengarut dalam ni. dan InshaAllah, aku akan buat citation utk sumber-sumber perkongsian aku nanti (penat tau tak belajar buat citation ni.)

selanjutnya, kenapa aku nak menulis blog tentang psikologi adalah disebabkan aku nak berkongsi ilmu yang aku pelajari 5 tahun (3 tahun degree + 2 tahun master) kepada insan-insan lain secara santai (sebab tu aku guna bahasa rojak+pasar - mesra dan mudah difahami oleh sesiapa) dan praktikal (aku tak cover topik-topik yang too much academic, kecuali kalau ada orang request atau aku tergerak hati untuk menulis). aku tak nak ilmu yang aku gigih belajar, bayar yuran berpuluh-puluh ribu tu terkubur dalam long term memory aku (tu pun kalau wujud lagi dalam long term memory). buat masa ni, aku masih menganggur (doakan aku dimurahkan rezeki untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan aku), so, aku ada lebih banyak masa untuk menulis (tak banyak sangat sebenarnya sebab tengah ambil course 'pengurusan rumah tangga' dan berpraktikal as housewife - jangan salah sangka, aku single, belum kahwin, aku jaga parents je, or, sebenarnya parents yang jaga aku. hahaha).

cukup setakat ini introduction aku dan juga blog aku. aku tidaklah mengharap beribu follower kat blog ni (kalau beribu, alhamdulillah, tapi macam impossible untuk dapat beribu follower pada tahun 2017), tapi cukup sekadar apa yang aku ingin kongsikan sampai kepada sesiapa yang memerlukan. nak sedekah duit, duit aku takdak, so aku sedekah pengetahuan aku je la. inshaAllah, aku akan cuba update sekerap mungkin. harap-harap blog aku ni tak temu jalan mati di mana aku pun lupa yang aku dah start menulis blog ni. hahaha. thanks readers! oh, aku lupa orang malaysia tak suka membaca (ayat penutup yang cliche bila orang tulis panjang-panjang).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Psikologi di UKM. Belajar apa ye?

Dilema jurusan Psikologi.

Awak student Psikologi? Please don't read my mind! - updated