Awak student Psikologi? Please don't read my mind! - updated

Assalamualaikum dan hi semua! mesra lah sangat pembuka bicara aku. dari dulu kalau menulis, mesti dimulakan dengan salam. rasa tak sedap hati kalau tak bagi salam. hahaha. oklah, entry kali ni tak berat. maklumlah, masih proses pengenalan. maka, marilah kita berkenal-kenalan. bukan berkenalan dengan aku, tapi berkenalan dengan psikologi.

"awak student psikologi? please don't read my mind". haaa. selalu dengar tak ayat ni or ayat-ayat yang sama maksud dengannya? kalau student psikologi dah lali dah dengan ungkapan ni. macam-macam persepsi dan reaksi bila orang tahu yang kita belajar psikologi. ada yang cakap kita nak jadi kaunselor sekolah lah, jadi doktor pakar sakit jiwa lah, motivator lah, macam-macam lagilah. aku percaya, student-student psikologi penat dah dengar 'komen-komen' bila introduce diri as a psychology student.

kami (tak semua lah, at least ni apa yang aku rasa), tak marah bila orang elak bertentang mata, tutup muka bila jumpa dengan kami sebab takut kami ni baca minda mereka. please! i can't even know apa yang saya fikir, how can i know apa yang bermain di fikiran anda. we can't know, but we can guess. everybody can guess it tanpa perlu belajar psikologi selama 3/4 tahun. nada macam marah kan? tak, ni tak marah but i'm explaining things. so, apa sebenarnya yang student psikologi ni belajar? apa kebolehan pelajar psikologi ni sebenarnya? now, let me explain (based on my own experience as a psychology student in UKM).

kami belajar banyak perkara. sebenarnya, ilmu psikologi ni amatlah luas. bila belajar kat unversity, rasa macam cukup bagus kan, macam banyak sangat ilmu kan? tapi apabila aku belajar di universiti, aku belajar perkara asas sahaja. sebab tu lepas ijazah sarjana muda, ada ijazah sarjana, PhD. kenapa aku cakap aku belajar perkara asas sahaja? sebab bidang psikologi ni terlalu meluas dan banyak cabang di bawahnya yang kita tak akan sempat belajar dalam masa 3/4 tahun tu.

aku masuk degree majoring in psychology di UKM pada tahun 2012 dan graduate pada tahun 2015. so, aku belajar psikologi dalam masa 3 tahun di UKM. selain daripada subjek-subjek wajib universiti dan fakulti yang aku ambil, berikut adalah subjek-subjek core psikologi yang aku belajar dalam masa tiga tahun tu.

  • Analisis Masalah Dan Pembuatan Keputusan
  • Fisiologi Tingkah Laku
  • Motivasi dan Emosi
  • Pengantar Psikologi
  • Ergonomik
  • Modifikasi Tingkah Laku
  • Pengujian Psikologi
  • Personaliti 
  • Psikologi Abnormal
  • Psikologi Industri dan Organisasi
  • Psikologi Kesihatan
  • Sistem dan Teori Psikologi
  • Persepsi dan Kognisi
  • Prinsip Bimbingan dan Kaunseling
  • Psikologi Eksperimen
  • Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja
  • Psikologi Perkembangan
  • Psikologi Sosial
  • Statistik dan Analisis Data
  • Teori Perkembangan Kerjaya
haaaaaaa.. banyak kan subjek-subjek psikologi (baru sedar bila aku duk senaraikan macam ni. hahaha). seperti yang aku katakan, apa yang aku study ni kebanyakannya asas je. yang aku senaraikan kat atas tu adalah subjek yang aku belajar, bukan cabang-cabang dalam psikologi ye, jangan confuse. niat di hati nak tulis pengenalan sikit-sikit mengenai setiap subjek yang aku senaraikan tu, tapi it takes so much time (and words), so aku decide untuk tulis kat post yang lain (kalau rajin, dan ingat).

ok, now aku nak beritahu tentang cabang-cabang psikologi pulak. banyak sebenarnya (berapa banyak kali daa nak cakap yang psikologi ni banyak cabang *tepuk dahi). Berikut merupakan subbidang atau cabang di bawah psikologi (maklumat aku ambil daripada website APA (American Psychological Association).
  • psikologi klinikal
  • kognisi dan persepsi
  • psikologi kaunseling
  • psikologi perkembangan
  • psikologi pendidikan
  • psikologi kejuruteraan
  • psikologi eksperimen
  • psikologi forensik
  • psikologi kesihatan
  • psikologi industri dan organisasi
  • neuropsikologi
  • psikologi kuantitatif dan pengukuran
  • psikologi rehabilitasi
  • psikologi sekolah
  • psikologi sosial
  • psikologi sukan
see, banyak cabang kan? tapi tak semua cabang ni popular dan ada ditawarkan di malaysia. antara cabang-cabang yang popular adalah kaunseling (of course, who doesn't know about counselling), klinikal. kalau menurut website APA ni, psikologi IO (industri dan organisasi) merupakan one of the most popular subfield, tapi kalau di malaysia ni, i don't really know. yes, memang course ni ditawarkan di Malaysia (contohnya UTM, UMS (degree) dan UKM (master)) tapi dalam konteks graduan psikologi IO yg bekerja sebagai practitioner di Malaysia ni, mungkin kurang, mungkin tak ramai. graduan psikologi IO ni berkemungkinan bekerja dalam bidang yang luar daripadanya. di malaysia, apabila disebut tentang psikologi atau jawatan sebagai pegawai psikologi, kebanyakannya adalah sebagai kaunselor. even psikologi klinikal yang famous pun, practitioner dalam bidang ni masih lagi kurang. baru-baru ni (tak berapa baru sangat), kementerian kesihatan keluarkan statement bahawa pakar psikologi klinikal di Malaysia adalah sedikit dan tidak mencukupi. I wonder why. 

okay. cukup di sini penulisan kali ni. kalau berminat nak tau tentang subbidang psikologi, bolehlah pergi ke website APA yang aku sertakan kat bawah ni. sebelum mengakhiri penulisan aku kali ni, aku nak tekankan bahawa penulisan aku ni adalah merupakan pandangan, pendapat dan sebahagian daripada pengalaman aku sendiri. kurang atau lebih, betul atau salah, semua boleh bawak bincang. hahaha. ok. sekian, daripada aku, adiedyla

sumber: 

*promo

Memandangkan post ni dapat view tertinggi daripada orang yang minat dengan psikologi, saya ambil kesempatan ini untuk promote 4th Malaysian International Psychology Conference.


Kenapa kena join? Bagi mereka yang nak overview, apa tu psikologi, boleh join. Fahamkan apa tu psikologi, dan apa fungsi psikologi ni kepada manusia. Ia bukan bagi ceramah motivasi, bukan juga bidang untuk membaca minda seseorang. Join, dengar apa keynote speaker cakap tentang apa yang mereka kaji, dengar orang present paper tentang psikologi.
Bila dah dengar, then decide la betul ke anda benar-benar berminat dengan psikologi.
Sis cakap bukan nak menakutkan anda, tapi nak bantu anda dapatkan pandangan lebih clear tentang psikologi. 
Macammana nak join? klik sini MIPC 2021
Yuran untuk public hanya RM100 / RM50 (student)
Mahal? Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan 'tersalah' pilih course kan. 
Anggap ini adalah invesment untuk masa depan anda.

Sekian, daripada saya.


Ulasan

  1. Assalamualaikum...sis nk tnya kalau ambik kos psikologi ni...kalau smbung utk pendidikan kaunseling lepastu boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh.. Tiada masalah.. Tetapi nanti mungkin ada subjek yg wajib diambil sbgai prasyarat, ini bergantung pada universiti..

      Padam
    2. Kalau kita nk ambil jurusan psikologi memang kena ambil aliran sains tulen ke

      Padam
  2. Apa subjek yang perlu lulus bagi layak ambil jurusan psikologi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama seperti subjek wajib lulus bg layak masuk universiti.. Tiada syarat khas lain.. Meskipun begitu, bidang psikologi mula jd tumpuan kerana ramai yg berminat.. Itu menjadikan pesaing bertambah ramai.. Jadi saranan saya, cuba sehabis baik setiap kali peperiksaan.. Makin cemerlang keputusan, semakin tinggi peluang.. Di samping itu, jaga juga attitude dan tunjukkan minat terhadap bidang ni kerana kebanyakan universiti skrg jalankn temuduga sblm terima pelajar. All the best!

      Padam
  3. hi nak tnya bidang psikologi ni kene belajar addmate tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada subjek add math, yg ada cuma subjek statistic (a part of math)
      Tak susah sgt pun. Yang penting faham konsep. Pengiraan manual pun x ada (kecuali dlm exam, tu pun 1-2 soalan je)

      Padam
  4. Hi sis, nak tanya course psikologi ni pun ada internshipe ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi! Ada, tp tempoh internship terpulang pada u masing-masing.. Tetapi ada juga universiti yg menawarkan course psikologi tanpa internship, sebaliknya digantikan dgn penulisan tesis. Intership selalunya ditentukan oleh pihak universiti, bukannya course itu sendiri.

      Padam
  5. Assalamualaikum sis , nk tanya dalam psikologi ni x ade belajar pasal sains kan walaupun saya pelajar sains tulen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam.. 😅
      Buat pengetahuan adik2, jurusan psikologi dikategorikan di bawah pengajian sains sosial, masih ada sains di situ..
      Tapi jangan risau.. Tak banyak sgt sentuh pasal sains, cuma ada 1-2 subjek sahaja.. Itupun berkaitan dengan biology.

      Padam
  6. assalamualaikum sis, saya nak mintak no telefon sis boleh tak. saya nak tanya banyak benda sebab saya berminat sangat dengan psikologi. saya baru form 4. kalau sis tak nak bagi pun takpe. sis just email dekat saya shuhada0115@gmaul.com . nanti saya akan email dan tanya sis dekat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam Shuhada.
      Sis dah emel dah.. Boleh check inbox ye 😉

      Padam
    2. Boleh email saya x? Saya pun nak tahu mcm mna perjalanan utk kos psikologi ni sya student spm2020 yg kna tngguh ni r hehe

      Padam
    3. Maaf dik, disebabkan beberapa pengalaman lepas, akak email tetapi mereka tak reply. Jadi, jika adik betul-betul ingin bertanya, adik emel soalan-soalan tersebut pada akak di adila8193@gmail.com. InshaaAllah akak akan reply.

      Padam
  7. salam nak tanya apa beza course ni dgn kauseling?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya sudah jawab persoalan ini di post yang terbaru :
      Psikologi dan Kaunseling itu sama, betul ke?

      Selamat membaca

      Padam
  8. Assalamualaikum, sis. Sy pun berminat sgt dgn bidang psikologi. Sy pelajar form 5 . Sy pun ada byk bnde nk tnya sis.. Sis boleh email dkt sy yasminehani19@Gmail.com 😊

    BalasPadam
  9. nk tnye kalau amek diploma psikologi kt ipts pstu smbung ijazah kt mne2 bole x?

    BalasPadam
  10. assalamualaikum sis , course psychology ni ada part time ke ? i mean nak amik kelas part time bidang ni .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam.
      Saya tak pasti ada university tawar utk part time atau tak. Sebab kalau di UKM, tiada. Cuba cari di universiti/ipt lain

      Padam
  11. assalamualaikum sis , saya nak tanya kalau saya lepasan diploma kaunseling boleh ke kalau saya teruskan pengajian degree tapi psikologi ? maksudnya saya ambik degree psikologi dengan diploma kaunseling

    BalasPadam
  12. Assalammmualaikum sis sye nk tnya klau msuk bidang psikologi ni subjek ape yg kite akan bawa time bljar nnt ? Date 14/10 saya akan lapor diri di ipt so sye jd tkut klau subjek yg sye tk penah belajar mse sekolah tiba2 kena blajar di ipt 🙃 klau tk keberatan sis emelkan dkt sye ye

    Haifanasuha415@gmail.com

    BalasPadam
  13. Saya bekas guru...jika nak ambil master dlm psychology ..boleh kan...n jika nak sambung phd terus ...bgm? Boleh email intanjay.masli@yahoo.com

    BalasPadam
  14. Hai, nak tanya, kos psikologi ni wajib dari aliran sains ke? Spm saya tak ambik fizik bio kimia addmath etc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai. Tak wajib daripada aliran sains. Mana-mana bidang yang diambil semasa SPM boleh memohon bidang psikologi.

      Padam
  15. assalamualaikum...
    nama saya sham dari kl ingin bertanya, jurusan pendidikan psikologi di universiti2 tempatan kita ni lebih kepada aliran islamik atau aliran sigmund freud? mungkin ada pertembungan aliran psikologi timur atau barat yg bertentangan dgn syariat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam. Maaf lambat membalas disebabkan beberapa kekangan.
      Menjawab soalan tuan, dalam pendidikan atau silibus psikologi di universiti tempatan mengajarkan bidang psikologi secara umum. Tidak mengikut satu-satu aliran. Kami diajarkan asas kepada bidang psikologi dan jika berhujah tentang bidang psikologi, Sigmund Freud sudah tentu tidak akan terlepas menjadi salah satu daripada tajuk perbincangan. Namun begitu, sebagai seorang pemikir (saya kategorikan pelajar adalah pemikir) dan seorang Islam, kita sendiri berhak untuk menentukan aliran mana yang seharusnya kita amalkan atau ikuti. Jika universiti islamik seperti UIA, USIM, KUIS dan lain-lain, mungkin mereka lebih fokus kepada psikologi islamik. Tak dinafikan, Psikologi sudah diajarkan dalam agama Islam, sebelum Freud menemuinya lagi. Tetapi kurangnya pendedahan terhadap psikologi dari sudut Islam membuatkan aliran Freud lebih popular. Pada pandangan peribadi saya, lebih baik juga jika universiti tempatan yang lain masukkan silibus mengenai psikologi dari sudut Islam sebagai salah satu ilmu tambahan kepada graduan psikologi. Tetapi, mengikut pengalaman peribadi saya, belajar psikologi secara sendirinya akan mendekatkan kita dengan Islam. Kerana kita belajar mengenai manusia, makhluk ciptaan Allah.
      Jika tuan berminat dengan psikologi aliran Islamik, mungkin boleh ikuti perkongsian daripada Dr. Alizi Alias di media sosial beliau. Saya sendiri banyak membaca mengenai penulisan beliau.
      Diharapkan jawapan saya dapat menjawab persoalan tuan. Terima kasih.

      Padam
  16. Assalamualaikum, sis. Sy pun berminat sgt dgn bidang psikologi ni. Sy pun ada byk bnde nk tnya sis.. Sis boleh email dkt sy tak..

    Aunizahhafiz@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam. maaf lambat reply. Maaf dik, disebabkan beberapa pengalaman lepas, akak email tetapi mereka tak reply. Jadi, jika adik betul-betul ingin bertanya, adik emel soalan-soalan tersebut pada akak di adila8193@gmail.com. InshaaAllah akak akan reply.

      Padam
  17. Assalamualaikum, nak tnya, apa laluan yg perlu diambil bagi lepasan spm utk menceburi bidang psikologi ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni org yg sma, tmbhn sedikit, apa laluan utk lepasan spm yg tidak ambil biologi utk menceburi bidang psikologi.

      Padam
    2. Wa'alaikumsalam. Maaf lambat reply. Tidak mengambil subjek biologi semasa SPM tak menghalang untuk mengambil bidang psikologi.
      Selepas SPM, boleh terus isi borang UPU untuk memohon dalam diploma psikologi di universiti tempatan yang menawarkan jurusan berkenaan. Ada juga IPTS yang menawarkan diploma dalam bidang psikologi.
      Jika ingin menyambung di peringkat ijazah sarjanamuda, gunakan laluan matrikulasi (kedua-dua aliran boleh), asasi, STPM dan diploma.
      Untuk sambung ke bidang ini, perlukan keputusan yang baik kerana persaingan agak tinggi berikutan ramai yang mulai berminat untuk mempelajarinya. Boleh baca post-post yang lain. Akak ada bincangkan bab ni. Terima kasih.

      Padam
  18. Hi salam kak. Sy hana ting 5. Dr dlu lagi sy minat nk amik kos psikologi. Bley x klu akk tunjuk ajak. Bley wasap sy di 0165310549

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Hana. Maaf, akak tak dapat nak wasap adik. Kalau adik nak hubungi akak, boleh dm (insta) atau melalui messenger (FB). Terima kasih.

      Padam
  19. Saya lepasan spm 2021 ni , sy sngt berminat dlm psikologi..adakah universiti bidang tersebut di malaysia yg menawarkan diploma?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Malaysia, setakat yang diketahui, tiada universiti tempatan yang menawarkan bidang psikologi di peringkat diploma (maaf jika ada tetapi terlepas pandang). Kebanyakannya yang menawarkan bidang psikologi di peringkat diploma adalah IPTS seperti Kuis. Universiti awam selalunya menawarkan di peringkat ijazah sarjanamuda dan ke atas.

      Padam
  20. Assalamualaikum. Saya nak tanya, kalau spm saya ambil aliran sains, and masa diploma saya tak ambil aliran sains, still boleh sambung degree psikologi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam. Tiada masalah.. Akak dulu pun masa SPM aliran sains, lepas tu Matrik jurusan akaun, degree dapat Psikologi.. Yang penting result memuaskan.. Dan kalau ada interview, tunjuk betul2 yang awak minat jurusan psikologi ni..

      Padam
    2. Ohhh baik akak, terima kasih!!!

      Padam
  21. Salam sejahtera kak, sy nak tnya, klau ambik course psychology ni, does english is used as the main language or just mainly BM?

    And if i were to choose any major course, brpa kuota utk pilih minor course pulak?
    Boleh send email kpda sya juga ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera Michelle. If you choose to take psychology course in UKM, then the main language is in Bahasa Malaysia. In fact, all courses (except language courses) in UKM use BM as the main language. Psychology course in private university/institution usually use English as the main language. The language used in is depends on the University or Lecturers. So, you may refer to each University to know more about it.

      In UKM, there are no major or minor course, but, you may take elective courses according to your preference. However, I'm not so sure about current system since it has been a while since I've graduated from UKM. Maybe there are some changes that I'm not aware of.

      Padam
  22. Hai sis, saya nak tanya saya tak berapa faham pasal course psikologi yg boleh diagnosed orang dengan yg tak boleh diagnosed tu.. saya try cari explaination dekat website lain tapi masih tak clear.. kalau tak keberatan boleh sis explainkan.. terima kasih sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai. Diagnosed untuk penyakit mental ke?
      Macam ni, jurusan psikologi di peringkat sarjana muda, mmg akan belajar jenis2 psikologi abnormal (penyakit mental) termasuk simptom2nya. Tetapi lulusan dalam degree psikologi tak boleh diagnosed penyakit ni. Yang boleh diagnosed penyakit mental adalah pengamal professional iaitu pegawai psikologi klinikal (pemegang master dalam psikologi klinikal)
      dan psikiatrist. Hanya 2 golongan professional ini sahaja yg boleh diagnosed penyakit mental untuk seseorg inidividu. Mereka akan diagnosed melalui simptom serta alatan lain bagi menentukan seseorang itu mempunyai penyakit mental atau tidak.
      Konsep dia sama macam kalau kita demam, kita ada simptom, rasa badan panas, sakit tekak. Kita mungkin akan rujuk pada ibu/bapa atau orang sekeliling kita, beritahu yg kita alami simptom2 tu. Tapi org disekeliling kita x boleh nk diagnosed (mengesahkan) kita demam. Maka, kita perlu pergi klinik dan rujuk doktor. Doktor akan tanya simptom dan buat pemeriksaan (guna peralatan sperti termometer dll). Setelah buat pemeriksaan, doktor akan beri diagnosed yang kita mengalami demam selsema.
      Jadi, kesimpulannya, penyakit mental hanya boleh didiagnos oleh pengamal professional dalam bidang psikologi klinikal dan psychiatrist.
      Lulusan ijazah sarjana muda dalam psikologi tak boleh memberi diagnos. Mereka cuma ada ilmu tentang simptom2 dan jenis penyakit mental sahaja.

      Padam
  23. Salam nak tanya, kalau graduan degree law atau syariah, ada possibility tak untuk lompat terus buat masters dlm mana-mana bidang psikologi sekiranya mahu terlibat dalam bidang psikolgi seperti psikologi klinikal @ psikolgi organisasi? Ataupun mereka perlu ambil degree psikologi juga untuk sambung masters dlm mana-mana bidang psikologi? Terima kasih��

    BalasPadam
  24. sis kalau kita ada diploma in sains sosial boleh ke amik ijazah dlm bidang ni kt ipta

    BalasPadam
  25. dulu kala saya ada dapat buku yang boleh baca pewatakan seseorang melalui wajah seseorang.

    jadi saya takut kalau ada awek yang belajar psikologi sebab dia boleh membaca saya dari jarak jauh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan risau, awek yang belajar psikologi takkan boleh baca awak dari jarak jauh. Lagi-lagi kalau dia rabun.

      Anyway, psikologi tak belajar pun macammana nak belajar perwatakan orang melalui wajah seseorang. MUngkin tu pseudoscience atau pseudopsychology.

      Kalau ada pun, tu ilmu physiognomy. Tapi ketepatannya tak dapat dipastikan.

      Padam
  26. Assalamualaikum.nk tanya ,kalau nk masuk bidang kaunseling , subjek ape yang kena score time SPM?and ape syarat kelayakan gred minimum untuk subjek sains tulen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam.
      Maaf lambat sangat reply.
      Subjek apa kena score? Score je lah semua subjek dik. Bidang kaunseling dan psikologi sekarang ni sangat kompetetif untuk dapatkan tempat di universiti awam. Ada dua sebab, kena akak cakap ia sangat kompetetif. 1, sebab ramai dah mula aware tentang mental health dan berminat untuk sambung study bidang ni. 2, sebab tak semua universiti awam tawarkan 2 bidang ni. Di universiti/kolej swasta pun tak banyak. Jadi, instead of tanya subjek apa kena score, try your best to score every subject for SPM. You can do it. Selagi belum masuk dewan exam, selagi tu awak ada masa untuk berusaha.
      Yang penting, semua subjek kalau boleh c dan ke atas.

      Padam
  27. Assalamualaikum kak.saya berminat nak masuk bidang psycology ni dari form 4. Boleh akak bagitau jalan/laluan untuk jadi psycologist?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam.. Maaf sangat ambil masa yang lama untuk reply..
      Okay, laluan untuk jadi psychologist, secara simplenya

      SPM --> Matrik/asasi/diploma/STPM --> Degree in psychology --> Master in psychology (depends on your preferred field)

      Kalau setakat degree, belum boleh digelar psychologist. Master pun tak layak sangat nak digelar psychologist, tapi bolehlah.

      Psikologi ada banyak cabang. Pilih adik minat yang mana. Masa sekolah ni, cuba baca betul2 tentang psikologi. Betul ke adik minat psikologi. Sebab psikologi ni bukan boleh baca minda orang pun.

      Padam
  28. Assalamualaikum kak.. saya nak tanya, sebelum ni saya ambil kursus diploma teknologi makmal perubatan, dan skrg saya terfikir utk sambung ke program ijazah sarjana muda kauseling (kepujian).. Rasanya okay tak kursus ni? Susah atau senang.. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam. Maaf lambat beri respon.
      Okay ke tak kursus tu, akak tak boleh nak bagi komen. senang atau susah pun akak tak tau sebab akak dulu study degree psikologi, bukan kaunseling.

      Apa yang akak boleh komen, kalau ambil degree kaunseling, peluang untuk jadi pegawai psikologi di Malaysia adalah lebih cerah.

      Padam
  29. Akak nak tanya, boleh tak budak sekolah menengah join MICP tu? 😅

    BalasPadam
  30. terima kasih bg info

    BalasPadam
  31. Kene belajar dlm bahasa English ke klu amik bidang psikologi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat UKM bidang psikologi diajar dalam bahasa Melayu.
      Tapi English tu perlu belajar juga sebab kebanyakan bahan rujukan dalam english.

      Padam
  32. Hi kak. Saya lepasan stpm Dan letak course psikologi sebagai pilihan pertama. Jadi pertama sekali, saya nak tanya akak, graduan bachelor in Psychology ni dpt kerja sbg apa eh? Ataupun mereka perlu ambik Master? Akak sekarang kerja mana? Maaf kalau saya bertanya tetapi untuk kepastian sshaja. Thankyou akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai saya pun nak isi course psikologi tapi dekat utm. nanti kalau akak tu dah reply boleh email saya tak? terima kasih <3

      Padam
  33. Assalamualaikum sis. Saya lepasan spm 2021. Saya sangat minat bidang psikologi jadi saya sambung ke matrik. Namun, saya ada dpt twaran dri unikop . Unikop ada menawarkan diploma psikologi. Jadi patut ke saya sambung matrik atau ambil unikop sahaja? Terima kasih jika sudi menjawab.

    BalasPadam
  34. Assalam kak.. kak.. boleh pm ws tak... Sekarang ni tengah cari intern untuk diploma psikologi... Tpi tak tahu lagi kat mana... Boleh pm no ws kt email saya (pandacomot26@gmail.com)

    BalasPadam
  35. Salam saya nak tanya..kalau ambil degreepsychology ni boleh ke jadi psychiatrist? atau nak jadi psychiatrist ni perlu belajar medic dan kemudian study clinical psychology?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Psikologi di UKM. Belajar apa ye?

Dilema jurusan Psikologi.