Kerjaya: Salahkah kita memilih?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Muncul lagi aku kali ini, ingin menulis tentang pandangan aku yang tak seberapa. Memandangkan PKPB dikuatkuasa semula di kawasan Selangor, aku terpaksa 'berkurung' di rumah. Jika tidak, sudah pasti waktu seperti sekarang ini, aku sudah berada di dalam bas menuju ke kampung halaman. Sudahlah, lupakan sahaja. Hadap sahajalah dinding bilik di rumah sewa selama dua hari berturut. Nasib orang bujang. Kalau ada suami, bolehlah hadap muka suami tetapi apakan daya, kewujudan jodoh masih lagi menjadi tanda tanya. Oh, sebelum penulisan aku kali ini melencong, lebih baik aku fokus semula terhadap tujuan utama aku mengarang. Salahkah kita memilih kerjaya? Aku tahu, isu ini sangat sensasi. Disebabkan dia sensasilah, aku ingin meluahkan pendapat dan pandangan aku. Sebelum hujah-hujahku dicurahkan bagai air hujan yang turun dari langit, lebih baik aku bercerita tentang punca aku terfikir untuk menulis tentang topik ini. Perkara ini bermula semasa aku sed...