Psikologi dan Kaunseling itu sama, betul ke?
Assalamualaikum. Sebelum mengulas mengenai topik pada hari ini, saya terlebih dahulu ingin meminta maaf kerana jarang menulis di blog ini. Kalau dahulu, semangat untuk menulis perkongsian di sini itu sangatlah tinggi tetapi apinya semakin lama semakin terpadam dek kerana kesibukan aktiviti harian saya yang tak berkesudahan. Akan tetapi, api itu dinyalakan semula dengan komen-komen daripada pembaca yang ingin bertanya lebih lanjut mengenai bidang psikologi ini. Dan topik pada hari ini adalah untuk menjawab pertanyaan daripada komen di post sebelum ini. Beliau bertanyakan kepada saya, apakah perbezaan psikologi dan kaunseling. Psikologi dan kaunseling, sama atau tidak? Saya rasa, orang diluar bidang ini pasti mempunyai keraguan yang sama. Apa bezanya? Macam sama saja. Tetapi kalau sama kenapa ada dua nama yang berbeza? Jadi, ia tak sama lah? Kalau tak sama, apa bezanya? Saya yakin jika anda taip di 'Google Search' - perbezaan psikologi dan kaunseling, pasti banyak pautan yang men...