Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2020

Gagal dapat UPU: adakah bermakna gagal dalam hidup?

Assalamualaikum semuanya! baru-baru ni, pelajar lepasan SPM baru mendapat keputusan UPU, sama ada mereka mendapat tawaran untuk sambung belajar ataupun tidak. Dalam situasi pandemik yang melanda seluruh dunia ini, waktu kemasukan ke IPT ditangguhkan daripada waktu yang sepatutnya. Tak mengapalah, saya tak nak kupas isu ini kerana bukan kepakaran saya. Tahniah kepada yang mendapat tawaran untuk sambung belajar. Teruskan usaha anda. SPM cemerlang bukannya pengkahiran, ia baru permulaan, jadi kekal fokus dan capailah cita-cita anda. Kepada yang tidak berjaya, tahniah juga. Anda telah melalui salah satu peperiksaan paling sukar dalam hidup. Ucapkan tahniah pada diri anda, hargai usaha yang telah anda taburkan. Tidak mendapat tawaran ke IPT bukanlah bermakna anda tak dapat sambung belajar selamanya, masih ada jalan dan cara untuk anda dapatkan tempat di IPT. Jumpa dengan kaunselor sekolah anda. Minta mereka untuk beritahu bagaimana caranya untuk dapatkan tempat di IPT. Permohonan rayuan, mo...