Psikologi di UKM. Belajar apa ye?

assalamualaikum semua! okay, aku masih lagi skip post 'the road that I chose...part 2'. belum ada feel nak menulis. so aku skiplah. tunggu feel datang nanti, baru aku tulis. berkaitan tajuk di atas, ni merupakan kesinambungan kepada post aku semalam tentang dilema jurusan psikologi. best atau tak? nak sambung atau tak? so, aku harap, apa yang aku kongsikan kali ni, sedikit sebanyak dapat membantu anda-anda membuat keputusan. pertama, aku nak beritahu awal-awal, apa yang aku kongsikan ni adalah berdasarkan pengalaman aku dan ingatan aku sahaja. jadi, jika ada sebarang perubahan setelah aku meninggalkan alam ijazah sarjana muda (aku masuk september 2012, grad oktober 2015), pandai-pandailah selesaikan sendiri. kedua, aku tak cover part temu duga sebelum masuk ijazah sarjana muda sebab masa aku masuk UKM, tak perlu ditemu duga. nak tips temu duga, boleh rujuk post Dr. Rahim Munna (Rahim Munna) di Facebook. kalau tak jumpa, beritahu, nanti aku bagi link. okay, sekian peringatan a...