Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

dua jubah, satu cerita

Imej
assalamualaikum semua (semualah sangat, aku seorang je yang membaca). lama sudah tak update apa-apa. maaf, bukan niat untuk hangat-hangat tahi ayam dalam menulis blog, tetapi bulan oktober agak penuh dengan aktiviti-aktiviti membuatkan aku mempunyai kekangan masa untuk update blog ni. baiklah, entry kali ini bukanlah perkongsian mengenai ilmu psikologi (secara langsung), tetapi ingin aku ceritakan kisahku, dan psikologi. 30 Oktober 2017, alhamdulillah, dikurniakan ijazah sarjana sains sosial (psikologi industri dan organisasi). haaa. sekarang dah tahu kan kenapa aku sibuk sangat tak dapat update blog ni. warna jubah sama kan? tapi hakikatnya berbeza. gambar yg atas tu baru diambil dua hari lepas, gambar yang di bawah pula diambil pada dua tahun lepas. . . . . . Haaa.. Kenapa aku duk skip baris?  Sebab aku dah lama sangat duk peram post ni.. 😂 tujuan asal nak post bulan 11, dah rancang dalam kepala apa yang nk ditulis, tapi duk bertangguh, la ni baru sambung.. Dan sudah ...