How psychology things help me
Assalamualaikum. post kali ni ditulis supaya aku ingat tentang perasaan yang aku rasakan tika ini. sedih, sunyi, full of regrets, tidak lupa juga rasa syukur. all of this mixed feelings makes me write this entry. 3.2.2019, ayah yang Allah pinjamkan kepada aku selama 26 tahun pergi meninggalkan aku, meninggalkan kami sekeluarga di dunia ini. Siapa sangka begitu mudah dia meninggalkan kami, tanpa kami sangka, tanpa kami duga. kali ini merupakan kali ketiga aku berdepan dengan kematian orang terdekat aku. pertama, arwah datukku, semasa aku berumur 11 tahun. kedua, arwah nenekku, semasa aku berumur 20 tahun, dan kini, ayahku, pergi meninggalkan aku. di saat aku baru saja bermula untuk berdikari, untuk membuktikan kepada beliau aku boleh berjaya seperti yang diharapkan olehnya, saat itu juga dia pergi. belum sempat aku bercerita tentang permulaan kehidupan baruku kepadanya, masih belum sempat aku hadiahkan dia bermacam-macam benda yang aku impi untuk hadiahkan kepadanya, belum sempa...